Melayan dan menjawab keluhan kamu yang sering dihempap dan ditindih oleh anak-anak buah mendetikkan aku kepada satu hipotesis tersendiri.
Barangkali tubuh kamu kelihatan anjal bagi mereka sehingga dianggap penyerap hentakan yang mampan. Oh, asalkan kamu tidak terfleksible (patah-riuk) akibat hempapan dan tindihan mereka.
Lalu kamu putar alamkan hipotesis aku tadi dengan hadirnya lemak berlebihan pada tubuh kamu sebagai pencetus keanjalan dan penyerap hentakan dengan rajukan yang disengajakan dan mula berperasaan digelar gemuk.
Perempuan yang sudah kurus di mata lelaki sering saja berperasaan gemuk. Cukup sekadar cermin saja yang gemar sekali merajuk terhadap kamu, tidak mahu pula aku turut merajuk bila mana cermin yang sudah sedia merajuk lebih kamu percaya berbanding sepasang mata milik aku.
Alahai Jane, seanjal kamu, kamu jugalah yang paling cantik di mata aku. Sepasang mata aku saja yang tidak bisa menganjal bila masa merenung kamu. Langsung terpaku kemas.
* Cermin merajuk - cermin yang tidak mampu memberi pantulan imej dengan tepat.