Bercakap Dengan Jane #7

Melayan dan menjawab keluhan kamu yang sering dihempap dan ditindih oleh anak-anak buah mendetikkan aku kepada satu hipotesis tersendiri.

Barangkali tubuh kamu kelihatan anjal bagi mereka sehingga dianggap penyerap hentakan yang mampan. Oh, asalkan kamu tidak terfleksible (patah-riuk) akibat hempapan dan tindihan mereka.

Lalu kamu putar alamkan hipotesis aku tadi dengan hadirnya lemak berlebihan pada tubuh kamu sebagai pencetus keanjalan dan penyerap hentakan dengan rajukan yang disengajakan dan mula berperasaan digelar gemuk.

Perempuan yang sudah kurus di mata lelaki sering saja berperasaan gemuk. Cukup sekadar cermin saja yang gemar sekali merajuk terhadap kamu, tidak mahu pula aku turut merajuk bila mana cermin yang sudah sedia merajuk lebih kamu percaya berbanding sepasang mata milik aku.    

Alahai Jane, seanjal kamu, kamu jugalah yang paling cantik di mata aku. Sepasang mata aku saja yang tidak bisa menganjal bila masa merenung kamu. Langsung terpaku kemas.

* Cermin merajuk - cermin yang tidak mampu memberi pantulan imej dengan tepat.

10 comments:

Lucifer said...

Hai Amar Alis!

makwe joni said...

hah..ada pun

MR . ORLANDO AHMAD said...

lemak berlebihan?

jom jogging

ghost writer said...

kau bayangkan saja siapa pun...pasti tetap sama.

barangkali lah.

hanaahmad said...

kalau hati dah suka, gemuk macam mana pun tetap cantik apa. :)

Sastraboy Suhadi said...

Power power!

hanjila said...

keanjalan mata lelaki dan mata perempuan tidak sama. pantulan cermin lelaki dan cermin perempuan jg tdk sama.

btw, apbl buang huruf T dan J drpd nama Tamar Jalis, aku percaya bahawa ini fiksi semata-mata... haha (:

Rein said...

prempuan mmg begitu lumrahnya..

bila kita ingin memiliki sesuatu kita slalu memujinya..bila dah dpt n tahu hakikatnya psti sesuatu yg kita miliki itu yg akan trluka jua akhirnya..

Fox Jane said...

Aku tak gemar perempuan yang asyik mengeluh pasal fizikal tapi hati dibiar gemuk, menghitam

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam raya maaf zahir batin