Hebat sungguh adegan jatuh bangun pasukan Singapura tadi, tapi lagi hebat adegan jatuh hati aku kepada kamu Jane, kerana hingga sekarang hati itu tak mahu kembali bangun lagi.
Ia lebih selesa terus berkeadaan jatuh biarpun jatuhannya disusuli gulingan yang mungkin kamu sendiri ragu-ragu mahu kejar untuk menghentikan susulan itu.
Aku gemarkan keraguan kamu itu kerana aku mengerti bahawa kamu memang gemar lihat aku terus jatuh kerana kamu. Lebih-lebih lagi atas sukacita aku sendiri.