Bercakap Dengan Jane #4

Jane, gemar sungguh aku lihat setiap kali kepala kamu itu berlitupkan kain meredupkan wajah kamu. Biarpun kain yang melitupi kepala kamu itu sekadar dililit ringkas, tak perlu bersimpang-siur umpama persimpangan berlian mahupun persimpangan permata di lebuh raya seperti gadis kebanyakan yang lain. 

Bukan wajah kamu yang redup itu meragut mata aku, tapi mata kamu yang zahirnya redup semakin redup jadinya itu peragutnya. Si nyata terus jadi tak rela mengejar peragut, membiarkan saja si lamunan yang mengejar dan mengekori peragut tanpa terlepas pandang walau seimbas.

6 comments:

monologtinism said...

'OMG, you secretly looking into my eyes?!' kata Jane.

Anonymous said...

bagaimana boleh jatuh hati dengan melihat matanya sahaja??

love at first sight..wujud ke?

Anonymous said...

ni tahap angau dah ni

Anonymous said...

Aku wonder siapa punya belog ini. memang fiksi.

Amar Alis said...

@lucifer
Amar Alis yang punya. takkan Ahmad Albab yang punya kot.

ghost said...

haha..ko memang best.ko memang amar alis!